Aidil Adha menjelma dua minggu selepas pemergian Abah. Seusai solat sunat Idil Adha, kami ke pusara abah.
Seekor lembu dikorbankan keluarga kami untuk sempurnakan hajat abah; 7 panggu atas nama 7 orang cucunya. Sebanyak 8 ekor lembu dikorbankan oleh ahli qaryah Masjid Al Falah tahun ini.